BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 18, 2009

Destinasi Bersantai Di Kuala Rompin Pahang




Jommmm jalan-jalan sambil bersantai disalah satu destinasi bersantai yang ada di Kuala Rompin iaitu Chedoq Resort. Chedoq Resort terletak kira-kira 25km dari simpang 3 Leban Chondong menghala ke Tanjung Gemuk. Berhampiran Chedoq Resort ada terdapat 2 buah pulau iaitu Pulau Ducung Besar dan Ducung Kecil. Bagi kaki pancing jugak kita boleh memancing diperairan Pulau Ducung Besar dan Kecil. Berbagai jenis ikan yang ada di peraiaran itu seperti Kerapu, Tenggiri, Siakap Merah, Siakap Putih dan bermacam macam  lagi ( branded aje.....belukang, duri, bolos tak main kat situ ). Di Chedoq Resort juga ada menyediakan Dewan Motivasi serta sebuah Restoran Sea food ( perhhhh sedap giler ). Bagi yang suka aktiviti berkayak...disini ada sebatang sungai yang berhampiran pantai dan kayak boleh sewa disini dengan kadar bayaran yang berpatutan.

3 comments:

mat_kelate said...

Salamm Cikman.. saya mat_yie lah.. wahhh bukak resort pulak ker..

mat_kelate said...

Chalet berapa satu malam.. boleh bawak nor-cute tak..? hehehe

Anonymous said...

heheheh wsalammmm nie kawan cik man yang punya. Kat sini murah2 aje Standard room RM68 dan Family RM138 aje. Mat yie boleh contact dengan En Nazri di talian 012-9888348. Bawak aje ler Nor-cute hehehehe.